Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Terengganu Tekad Julang Piala...

TERENGGANU bertekad untuk menjulang trofi Piala Malaysia musim ini setelah nasib tidak menyebelahi...

Rumah Dirempuh Kereta, Warga...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang sedang tidur di ruang tamu rumahnya, maut apabila...

Pembuat Senapang Secara Haram...

KUCHING - Polis menahan seorang penjaga parkir di sini semalam kerana disyaki membuat...

24 PATI Ditahan Di...

PARIT BUNTAR - Dua puluh empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam...

400,000 Gelen Radioaktif Bocor Dari Loji Jana Kuasa Nuklear

WASHINGTON: Pengawal selia Minnesota kini memantau operasi pembersihan kebocoran 400,000 gelen atau 1.5 liter air radioaktif dari loji kuasa nuklear Monticello Xcel Energy.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Namun, syarikat itu berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak berbahaya kepada orang ramai.

“Xcel Energy mengambil tindakan pantas untuk membendung kebocoran ke tapak loji, namun ia tidak menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan kepada masyarakat setempat atau alam sekitar,” kata utiliti yang berpangkalan di Minneapolis itu dalam satu kenyataan.

Walaupun syarikat itu melaporkan kebocoran air yang mengandungi tritium kepada pihak berkuasa negeri dan Persekutuan pada akhir November, tumpahan itu belum didedahkan kepada umum sehingga Khamis lalu.

Pegawai negeri berkata, mereka menunggu untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum mendedahkannya kepada umum.

Jurucakap Agensi Kawalan Pencemaran Minnesota, Michael Rafferty berkata, pihaknya tahu terdapat kehadiran tritium dalam satu telaga pemantauan, namun Xcel masih belum mengenal pasti punca kebocoran dan lokasinya.


“Sekarang, kami mempunyai semua maklumat tentang tempat kebocoran berlaku, berapa banyak yang dilepaskan ke dalam air bawah tanah dan air bawah tanah yang tercemar yang bergerak melangkaui lokasi asal, kami berkongsi maklumat ini,” katanya.

Beliau menambah, kejadian itu tidak menimbulkan risiko kesihatan awam serta-merta.

Syarikat itu berkata, mereka memberitahu Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Persekutuan dan negeri itu pada 22 November tahun lalu, sehari selepas ia mengesahkan kebocoran itu yang dilaporkan datang daripada paip antara dua bangunan.

Sejak itu, mereka mengepam air bawah tanah, menyimpan dan memproses air tercemar, yang mengandungi tahap tritium di bawah ambang Persekutuan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori