Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kematian Akibat COVID-19 Melebihi...

BEIJING - Kadar kematian akibat coronavirus (COVID-19) mencecah 1,868 orang hari ini selepas...

Arsenal Enggan Menyerah Kalah...

ARSENAL sedia melancarkan bidaan ketiga bagi mendapatkan bintang AS Monaco selepas Arsene Wenger...

Dewan Rakyat Hari Ini...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3...

Bandar Raya Leicester Berpesta...

 ENGLAND: Kejayaan menakjubkan Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris menuju kemuncaknya apabila kira-kira...

9 Warga China Dibunuh Di Republik Afrika Tengah

BAMBARI: Sembilan warga China terbunuh dalam serangan oleh penceroboh ke atas sebuah lombong di wilayah Bambari di Republik Afrika Tengah yang bergolak, kata seorang datuk bandar tempatan semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kami menemukan sembilan mayat dan dua cedera,” kata Datuk Bandar Bambari, Abel Matchipata kepada AFP dan mangsa ialah pekerja China di tapak yang dikendalikan Gold Coast Group, 25 kilometer (km) dari bandar itu.

Beliau berkata, serangan oleh lelaki bersenjata itu berlaku kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan dan sumber keselamatan tempatan mengesahkan jumlah korban dan kerakyatan mangsa.

Difahamkan Presiden China, Xi Jinping, menggesa mereka yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu menerima hukuman berat.


Pihak berkuasa tempatan tidak mengeluarkan butiran lanjut mengenai serangan itu dan tiada sebarang pengakuan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Wartawan AFP memaklumkan, mayat mangsa dipindahkan ke hospital di Bangui, di mana duta China, Li Qinfeng dan Menteri Luar Republik Afrika Tengah, Sylvie Baipo Temon, turut hadir.

Konflik sivil melanda Republik Afrika Tengah, salah satu negara termiskin di dunia, sejak 2013 apabila kumpulan bersenjata menggulingkan Presiden, Francois Bozize.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori