Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Isu Pendapatan Penoreh Akan...

ALOR SETAR - Isu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah...

Agrobazaar Kedai Rakyat Di...

KUALA TERENGGANU - Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) yang dikendalikan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan...

Rentas Negeri Punca 18...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) kesan 18 kluster yang berpunca daripada aktiviti rentas...

Rita Dedah Yus Jambu...

PEMERGIAN pelawak terkenal Yus Jambu ke rahmatullah, ternyata begitu dirasai oleh peminat seni hiburan...

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di 8 Negeri

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka di lapan negeri, termasuk Selangor membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Sepang serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga jam 8 malam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan turut mengeluarkan amaran sama di Perak membabitkan kawasan Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

Pahang pula membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin, manakala Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin.

Menurut kenyataan itu juga, amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut dikeluarkan bagi Melaka dan Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.


Di Sarawak, amaran sama dikeluarkan di Kuching, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limban manakala Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori