Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

2 Kanak-Kanak Dijangkiti Rabies...

KUCHING - Dua daripada tiga kanak-kanak yang dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies...

5 Juta M40 Dijangka...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 5 juta golongan berpendapatan sederhana (M40) dijangka turut menerima...

Visa Pelajar Asing Lulus...

BAGAN DATUK - Tempoh kelulusan visa bagi pelajar asing di negara ini dipendekkan...

Geng Motor Tendang Side...

AKSI sekumpulan penunggang motosikal melaksanakan 'hukuman' sendiri dengan menendang cermin sisi kenderaan yang...

Anak Najib Menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Nazifuddin Najib berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada pemilihan UMNO sesi 2023-2026, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi selepas menewaskan pencabarnya yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan.

Mohd Nazifuddin turut menawarkan diri merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan kali ini, namun tewas selepas jawatan itu dimenangi Mohd Hairi Mad Shah minggu lalu.


Jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi kosong sebelum pemilihan kali ini selepas penyandangnya, Datuk Nawawi Ahmad meninggal dunia.

Nawawi yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia pada 28 November tahun lalu di Frankfurt, Jerman.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori