Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjara Peminta Sedekah Di...

Jakarta - Pihak berkuasa akan mendakwa dan memenjarakan peminta sedekah dan gelandangan yang...

Keputusan Ambil Alih Lebuh...

BESTARI JAYA - Kabinet dijangka membuat keputusan berhubung pengambilalihan lebuh raya pada penghujung...

Cerita Manchester City Beli...

KUALA LUMPUR - Peminat bola sepak di Malaysia binggung sama ada pemilik juara...

Suami Isteri Didakwa Rompak...

GEORGE TOWN - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Anwar Saman Ahli Parlimen Pendang

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Saman itu difailkan oleh Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menerusi Tetuan SN Nair & Partners selaku plaintif dengan menamakan Awang sebagai defendan tunggal.

Awang dikatakan mengeluarkan kenyataan fitnah apabila mendakwa sikap pendendam Perdana Menteri berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Anwar berkata, defendan dengan sengaja memfitnah walaupun plaintif sudah menafikan secara terbuka dan pada realitinya tidak mencampuri tugas serta kuasa agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara.

Oleh itu, katanya, dakwaan penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan terpilih tidak mempunyai kebenaran, palsu, tidak berasas serta berniat jahat.

Anwar berkata, defendan menyedari sepenuhnya komitmen plaintif yang dibuat kepada masyarakat umum beberapa kali mengenai hasrat dalam membasmi rasuah dan sokongan penuh terhadap kebebasan institusi penyiasatan, pendakwaan serta badan kehakiman.

“Defendan dengan sengaja berniat mencaci dan secara palsu menuduh plaintif mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang adalah satu kesalahan serius, sekali gus menjadikan impak dan kesan fitnah lebih teruk.

“Defendan menyedari sepenuhnya perkataan fitnah akan diterbitkan di seluruh Malaysia dan dunia yang akan memburukkan lagi kerosakan kepada reputasi plaintif.

“Defendan masih mempunyai keangkuhan dengan menunjukkan sikap menentang secara terang-terangan dan tidak bertaubat apabila dengan sewenang-wenangnya dan tidak senonoh mengungkapkan atau mengulangi sebahagian kandungan fitnah.


“Defendan sewenang-wenangnya sekali lagi dan secara provokatif membangkitkan skandal dengan memanggil plaintif ‘bapa saman negara’ dalam sidang Parlimen pada 27 Februari lalu,” katanya.

Awang dilaporkan membuat kenyataan berhubung pendakwaan terpilih itu ketika ditemui media di lobi Parlimen pada 21 Februari lalu.

Dengan merujuk pendakwaan terhadap bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta, Awang dilaporkan mendakwa ia adalah permulaan daripada tindakan Perdana Menteri.

Anwar berkata, firma guamannya menuntut defendan menarik balik kenyataan fitnah, memohon maaf, berjanji tidak mengulanginya dan membayar ganti rugi kepada plaintif pada 21, 24 serta 28 Februari lalu.

Bagaimanapun, defendan menerusi surat peguamnya pada 27 Februari dan 2 Mac lalu menyangkal tuntutan plaintif.

“Surat terbabit akan dirujuk semasa perbicaraan kelak. Plaintif memohon relif terhadap defendan termasuk ganti rugi am, pampasan, rugi teruk dan teladan.

“Perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejen, pekerja dan wakilnya daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah.

“Faedah pada kadar lima peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh tindakan terakru sehingga tarikh penyelesaian penuh, selain kos peguam dan anak guam, selain relif lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori