Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rakaman Perbicaraan, Masanya Malaysia...

BARANGKALI inilah kali pertama dalam sejarah rakyat dapat menyaksikan satu prosiding perbicaraan di...

BERSATU Akan Bincang Keputusan...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan perbincangan khas berhubung...

Bola Misteri Terdampar Di...

TOKYO : Polis dan penduduk di Hamamatsu di Jepun bingung dengan bebola gergasi...

1 Maut, 10 Cedera...

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang melanda Sulawesi hari ini menyebabkan...

Asyraf Wajdi Dilantik Jadi Setiausaha Agung Baru UMNO

Umno hari ini melantik bekas ketua pemuda parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki sebagai setiausaha agung barunya menggantikan timbalan menteri kewangan Ahmad Maslan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman pula kini diberi kepercayaan menjadi ketua penerangan.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Sharkar Shamsuddin mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini petang ini.

Asyraf Wajdi ketika dihubungi Malaysiakini juga mengesahkan perkara sama.

Sementara itu Tengku Adnan Tengku Mansor dikekalkan sebagai bendahari agung.

Pengumuman rasmi mengenai pelantikan itu dibuat di ibu pejabat Umno petang ini.

Asyraf Wajdi – yang baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi baru Mara – mengetuai Pemuda Umno selama hampir empat tahun sejak 2018.

Dia pernah dicalonkan oleh BN untuk bertanding dalam tiga PRU masing-masing di Tumpat, Kelantan pada 2008, Pasir Puteh, Kelantan (2018) dan Gerik, Perak (2022).

Bagaimanapun dia gagal dalam ketiga-tiga percubaan tersebut.

Anak kepada pengerusi Majlis Ulama Umno itu kemudian tidak bertanding mempertahankan jawatannya sebagai ketua pemuda dalam pemilihan terbaru sebagai mengambil tanggungjawab atas prestasi buruk parti terbabit dalam beberapa PRU.


Azalina pula merupakan bekas ketua pertama Puteri Umno yang sudah menjadi ahli parlimen Pengerang di Johor selama lima penggal.

Dalam PRU ke-15 pada tahun lalu dia mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 5,010 undi.

Dia kini berkhidmat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam aspek undang-undang dan reformasi institusi.

Dalam pemilihan minggu lalu dia bertanding untuk jawatan naib presiden namun gagal mendapat undi yang mencukupi bagi mengisi satu daripada tiga tempat yang ada.

Sementara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut mengumumkan dua lagi calon naib presiden yang kalah dilantik menganggotai MKT.

Mereka ialah bekas naib presiden Mahdzir Khalid, dan bekas ahli parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican.

Pada sidang media sama Ahmad Zahid turut memberitahu seramai 13 pemimpin Umno dilantik menganggotai MKT.

Turut terpilih ialah Shahrizat Abdul Jalil, Mohammad Fatmi Che Salleh dan Nur Jazlan Mohamed.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori