Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

17 Penjenayah Thai Bersembunyi...

BANGKOK - Tujuh belas daripada keseluruhan 129 penjenayah dari wilayah selatan Thai di...

DUN Kelantan Lulus Usul...

KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan...

Rampasan 3,200 Kilogram Dadah...

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas...

Tertekan Dengan Permintaan 3...

BAHANA kahwin tiga, seorang lelaki akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah dikatakan...

Balu Tragedi Lahad Datu Tuntut Janji Pendidikan Buat Tiga Anak

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, pegawai polis yang menjadi korban tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih sedekad lalu, kini menagih sokongan pendidikan yang dijanjikan untuk tiga anaknya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nooraziah Noor, 38, mendakwa sebelum ini, ada pihak, termasuk agensi kerajaan seperti MARA menjanjikan bantuan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi kepada anaknya, namun ia tidak ditunaikan biarpun tragedi itu sudah hampir 10 tahun berlalu.

Katanya, meskipun kehidupan mereka sekeluarga mencukupi, beliau masih mengharapkan janji tajaan pendidikan yang disuarakan oleh pihak tertentu.

“Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah reda dengan tragedi yang berlaku dan ketiga-tiga anak saya juga semuanya dalam keadaan sihat. Cuma apa yang penting hari ini adalah soal pembelajaran mereka.

“Saya mengharapkan kerajaan membantu dari segi pembelajaran dan sekiranya boleh, tiga anak saya ini mendapat tajaan untuk meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah hingga universiti.

“Sebelum ini, MARA ada menjanjikan tajaan tetapi ketika itu anak-anak saya mungkin masih kecil, ada yang masih bayi, tetapi hari ini anak-anak sudah besar. Setakat ini, tiada maklum balas (yang diterima daripada pihak MARA),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Terdahulu, tiga anaknya iaitu Noorakmal Amiruddin Zulkifli, 15; Noor Muhammad Aqil, 11 dan Noor Aqib Syahid, 10, berjaya membuai perasaan hadirin, termasuk Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berlakon bersama lebih 80 anggota polis lain dalam pantomim tragedi Kampung Tanduo.

Zulkifli dan Sarjan Sabarudin Daud menjadi korban pertama tragedi di Lahad Datu pada 2013, selepas pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo.

Zulkifli meninggalkan Nooraziah dan tiga anaknya yang masih kecil iaitu Noorakmal Amiruddin, ketika itu berusia lima tahun, Noor Muhammad Aqil, setahun dan Noor Aqib Syahid, masih dalam kandungan.


Sementara itu, Nooraziah, yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Perlis berkata, beliau bersikap terbuka jika anaknya mahu mengikuti jejak langkah suaminya menjadi anggota polis.

“Saya akui anak-anak saya mempunyai minat ke arah itu dan tidak akan menghalang sekiranya mereka mahu meneruskan kerjaya arwah ayahnya. Tetapi, mereka mestilah betul-betul mempunyai minat kerana ia bukan kerjaya yang mudah,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga anaknya juga mempunyai perangai yang lasak serta raut wajah serupa seperti Allahyarham Zulkifli.

Sementara itu, anak sulung arwah, Noorakmal berkata, beliau dan dua adiknya begitu berbangga dapat menyarung uniform 69 Komando seperti arwah bapanya.

“Walaupun sedih dan sayu, saya berbangga terbabit dalam persembahan pantomim bersama anggota polis lain untuk memperingati ayah dan rakannya yang terkorban,” katanya.

Beliau berkata, antara pesanan Zulkifli yang paling diingati adalah untuk menjaga ibu dan adiknya ketika ayahnya itu keluar bekerja.

“Saya hanya berusia lima tahun ketika ayah ke Lahad Datu dan dia sempat berpesan supaya saya jaga diri dan jaga ibu serta adik. Kini ayah sudah tiada, tetapi pesanan itu tetap ada dan akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori