Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

7,315 Jemaah Haji Diperiksa...

KUALA LUMPUR - Tiada jemaah haji tahun ini yang pulang ke Malaysia dilaporkan...

Tiada Beza Pelaburan Di...

SERENDAH - Kerajaan tidak pernah membezakan usaha membawa pelaburan ke negeri yang ditadbir...

Mayat Berkopiah Ditutup Selimut...

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di...

GAMBAR: Bayi Comel Dibuang...

GEMPAR.. para jemaah di Masjid An Nur, Bandar Country Homes, Rawang dikejutkan dengan...

Bapa Tak Pulang Rumah Sejak Anak Hilang

ROMPIN: Sejak 22 hari lalu, Zailan Abd Mani, 49, tidak pernah pulang ke rumahnya, iaitu sejak hari pertama anak perempuannya, Nur Hafizah, 23, dilaporkan hilang di sungai berdekatan Kampung Aur, Bukit Ibam, Muadzam Shah, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiap hari, siang dan malam, bapa kepada tiga anak itu setia menanti di tepi tebing sungai dengan harapan anak perempuannya akan ditemui.

Zailan berkata, dia tidak dapat tidur malam kerana sering teringatkan anaknya itu, malah setiap kali dia memejamkan mata, wajah anaknya akan terbayang.

“Siang dan malam saya akan menyusuri tebing sungai dan mungkin ada yang fikir saya sudah tidak betul, tetapi saya hanya berharap anak saya dapat ditemui dalam apa jua keadaan. Saya sudah bersedia,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengimbau kejadian itu, Zailan berkata ketika itu dia sedang mengemas barang di rumah di Kampung Aur Seberang di sini, memandangkan air sudah mula naik di kawasan berhampiran kira-kira jam 3 petang, manakala Nur Hafizah dan dua lagi anaknya sudah berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Aur, di sini.

“Sebaik diberitahu mengenai kejadian, saya terus berlari ke sana tetapi jambatan gantung itu sudah runtuh selepas kabelnya terputus disebabkan arus deras.

“Saya juga dimaklumkan, bapa saudaranya turut dihanyutkan arus laju namun berjaya berpaut pada dahan pokok sebelum diselamatkan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Roszawati Mohamad, 45, berkata sejak kejadian itu, Zailan menjadi seorang yang pendiam dan tidak pernah pulang ke rumah selepas PPS ditutup, sebaliknya dia menumpang di sebuah dewan yang terletak berhampiran sungai.


“Kebanyakan masanya akan berada di tepi sungai sama ada siang atau malam, dan hanya pergi ke dewan itu untuk berehat atau tidur manakala makan minum pula dibantu oleh saudara mara,” katanya.

Berkongsi mengenai kejadian itu, Roszawati berkata, Nur Hafizah mengikut bapa saudaranya pergi menyelamatkan kucing peliharaan di rumahnya.

“Kami sudah larang dia mengikut bapa saudara memandangkan arus sungai terlalu deras dan jambatan itu juga tidak begitu selamat, tetapi entah macam mana dia ikut pergi juga.

“Nur Hafizah seorang yang suka membantu dan dia juga mengajar al-Quran kepada anak Orang Asli pada waktu malam dan jika ada kelapangan dia akan membantu saya di kantin SK Kampung Aur.

“Nur Hafizah adalah pelatih Program Pembangunan Tamadun Orang Asli (Petama) anjuran Yayasan Pahang pada 2021. Dia kemudiannya dilantik sebagai Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (Pepima) bagi kampung Orang Asli Gadak, dekat Bukit Ibam, tahun lalu,” katanya.

Dalam kejadian 3 Mac lalu, Nur Hafizah dilaporkan hilang dibawa arus laju ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui mangsa sebelum dihentikan pada 16 Mac lalu dan kini operasi mencari orang hilang diteruskan oleh pihak polis.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori