Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Rusia Kerah Lebih 90,000...

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine...

Lesen Qistina Express Digantung...

KUALA LUMPUR - Lesen serta 26 permit bas yang dipegang syarikat Qistna Express...

Pemandu Van Edar Berita...

KUANTAN - Seorang pemandu van dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Tinggalkan Bayi Dalam ‘Baby...

BUKIT MERTAJAM - 'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang...

‘Beri Mandat Lima Tahun Untuk UMNO Selesai Masalah Air Kelantan’ – Zahid

KOTA BHARU: UMNO merayu kepada pengundi Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.

“Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu UMNO untuk sekali ini.

“Cuba beri peluang untuk UMNO hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula.

“Kita hanya perlukan masa lima tahun untuk BN membuktikan kita mampu memberi bekalan air bersih kepada rakyat di negeri ini,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengenalan Calon-Calon Pemilihan UMNO sesi 2023/2026, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak tertentu tidak boleh menyalahkan Allah dalam isu air keruh, sebaliknya sebagai pemimpin perlu berusaha memberi air bersih kepada rakyat.

“Jadi berilah peluang kepada UMNO dan BN untuk kali ini. Dasar yang baik dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita akan teruskan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori