Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perak Tidak Akan Campur...

IPOH - Kerajaan negeri tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon Presiden...

50% Hasil Bidaan Nombor...

PARLIMEN | Sebanyak 50 peratus daripada hasil kutipan keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa...

Video: Guru Tendang, Tampar...

MENDIDIK bukanlah satu tugas yang mudah, apatah lagi jika tidak mempunyai tahap kesabaran...

Alvin Chong ‘Okey’ Digosip...

SEPERTI Keith Foo dan Adam Corrie, pelakon Alvin Chong kini semakin mendapat tempat...

‘Daging Wagyu Tak Kena Cukai Barangan Mewah’

KUALA LUMPUR: Harga daging wagyu yang boleh mencecah ribuan ringgit tidak tersenarai untuk dikenakan cukai barangan mewah apabila dilaksanakan kelak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, berkata regim percukaian baharu cuma dikuatkuasakan terhadap barang berjenama mewah seperti jam tangan dan beg tangan.

Katanya, kerajaan sedang memperincikan struktur percukaian itu dengan pemegang taruh untuk memastikan pelaksanaannya akan mengurangkan kesan, selain tidak memberi kejutan kepada industri.

“Barang mewah lebih menjurus kepada jam tangan dan beg tangan tetapi tunggu perincian industri termasuk sektor berlainan kerana harga ditawarkan dipengaruhi teknologi atau bahan digunakan yang membuatkan harganya mahal.

“Kita akan lihat semua faktor ini apabila berbincang dengan pemegang taruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Steven berkata, pelancong ke negara ini bukan mahu memberi barangan mewah semata-mata tetapi lebih kepada menikmati warisan budaya, makanan, kraftangan dan hospitaliti ditawarkan Malaysia.

“Kita kena lihat pelancongan daripada perspektif lebih besar dan bukan sekadar pelancong ke Malaysia untuk membeli barang mewah.

“Sebaliknya, kita ingin mempromosikan warisan budaya kita, industri hotel, industri hospitaliti atau tarikan pelancongan, songket dan batik serta makanan.

“Kerajaan juga banyak menekankan untuk menaik taraf pusat penjaja dan sebagainya, semua itu khazanah negara.


“Jenama mewah bukan produk asas kita, maka kita perlu lihat pelancongan daripada perspektif lebih luas,” katanya.

Mengulas kebimbangan pelaksanaan regim percukaian baharu itu sehingga boleh menjejaskan industri pelancongan seperti didakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Steven memberi jaminan ia tidak akan memberi kejutan kepada pemain industri.

Katanya, kerajaan akan melaksanakan beberapa strategi antaranya menerusi pemberian insentif termasuk rebat kepada pelancong ke negara ini.

“Kami menerima baik pandangan bekas Perdana Menteri (Ismail Sabri). Kalau berkaitan industri pelancongan, kita kena lihat secara menyeluruh dan bukan cukai barangan mewah semata-mata.

“Pada masa sama, kerajaan memberi pelepasan cukai untuk pembelian barangan kraftangan Malaysia sebagai galakan membeli kraf, songket, batik, ukiran dan sebagainya.

“Jangan membalikkan susunan yang sepatutnya. Kementerian sedang meneliti perincian dari segi struktur dan akan memastikan libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk sektor peruncitan dan pelancongan.

“Selain itu, akan ada nilai ambang dan bukan semua barang akan kena cukai mewah. Ada orang akan menilai telefon bimbit sebagai mahal. Sebagai contoh, mungkin beg tangan dan jam tangan berharga puluhan ribu baru dikira barangan mewah,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori