Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

RM5.7 Bilion Wang Tak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM5.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam...

Mahkamah Tinggi Akan Dengar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar merit dan beberapa isu...

Penghadang Jalan Boleh Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Pendekatan bersepadu, termasuk pembinaan lebih banyak penghadang antara jalan raya...

PM Britain Terkenang Saat...

LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron mendedahkan bagaimana gambar yang memaparkan seorang...

DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

HONG KONG : Ujian data asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan tengkorak dan tulang rusuk yang ditemui dalam periuk sup serta kaki dalam peti ais adalah milik model dan selebriti media sosial, Abby Choi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laporan South China Morning Post, kakinya disimpan dalam peti ais manakala tengkorak serta tulang rusuknya direbus dalam periuk di sebuah kediaman di kampung Lung Mei Tsuen.

Akhbar itu turut melaporkan, badan dan tangan model berusia 28 tahun itu masih belum ditemui dan penyiasat masih mencari di beberapa lokasi yang disyaki bagi siasatan lanjut.

Pihak berkuasa percaya sebuah lubang di belakang tengkorak mangsa adalah punca kecederaan yang meragut nyawa.

Abby Choi adalah seorang model dan selebriti media sosial yang berkongsi kehidupan mewahnya dalam sesi fotografi dan pertunjukan fesyen dengan lebih 100,000 pengikut di Instagram.

Dia dilaporkan dilihat kali terakhir pada 21 Februari dengan polis menemui bahagian badannya seminggu kemudian. Setakat ini, enam individu ditahan berhubung kes itu.

Menurut laporan media tempatan, pada Khamis lalu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun kerana disyaki membantu dan bersubahat dengan salah seorang suspek.


Dia dituduh cuba membantu bekas suami Abby Choi, Alex Kwong melarikan diri dari Hong Kong melalui jalan laut.

Kwong, 28, bapanya, Kwong Kau dan abangnya, Anthony Kwong, didakwa atas tuduhan membunuh pada Isnin, manakala ibu Alex Kwong, Jenny Li, berdepan satu pertuduhan memutarbelitkan fakta kes.

Individu kelima yang disyaki menyembunyikan salah seorang suspek dibebaskan dengan jaminan polis tanpa pertuduhan.

Minggu lalu, lebih 120 pegawai menamatkan pencarian di tapak pelupusan sampah dalam usaha mengesan lebih banyak bahagian badan model itu ketika polis menyiasat pembunuhan ngeri berkenaan.

Superintendan Alan Chung memberitahu wartawan bahawa, walaupun tidak menemui baki anggota badan yang dicari, mereka sudah memiliki bukti kukuh bagi meneruskan kes.

Pihak polis berkata mangsa terbabit dalam pertikaian kewangan puluhan juta dolar Hong Kong dengan bekas suami dan keluarga, dengan ‘ada orang’ yang tidak puas hati dengan cara mendiang menguruskan kewangannya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori