Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jakim Perluaskan Tawaran Biasiswa...

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tertarik untuk melebarkan inisiatif dilakukan Majlis...

Negara Kehilangan Ikon Penyiaran...

KUALA LUMPUR - Pemergian pengulas sukan terkenal negara Allahyarham Datuk Hasbullah Awang hari...

Politik Wang: Tokoh PKR...

ALOR SETAR - Seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah yang berjawatan tinggi...

Gerakan Umum Keluar Daripada...

KUALA LUMPUR – Gerakan memutuskan untuk keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) sebagai...

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah jantan seberat 2.2 tan itu ditangkap dalam operasi pada Ahad lalu.

Katanya, mamalia tersebut dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Temenggor.

“Kita menerima laporan berhubung kehadiran mamalia itu sejak dua bulan lalu apabila ada penduduk mendakwa tanaman mereka musnah membabitkan pisang, durian, getah dan kelapa.


“Sehubungan itu, Perhilitan melalui Unit Tangkapan Gajah (UTG) membuat kawalan di kampung berkenaan sebelum berjaya menangkap haiwan liar itu pada Ahad lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yusoff, hanya seekor gajah sahaja dikesan di kawasan berkenaan dan haiwan itu akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori