Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

KKM Kesan Kluster Pengerang,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kluster Pengerang melibatkan kes...

Cari Idea Perkasa Ummah...

KUCHING - Nadwah Ulama Nusantara perlu mencari idea dan gagasan terkini yang dapat...

Yuna Dipilih Bintangi Kempen...

NAMA Yunalis Zarai atau Yuna memang tidak dapat dinafikan kini semakin mekar berkembang...

Sugu Pavithra Buat Kemunculan...

IPOH - Peminat YouTuber sensasi 'Sugu Pavithra' boleh melihat semula kemunculan pasangan itu...

Himpunan LGBT: 7 Individu Beri Keterangan, Siasatan Lengkap

Kuala Lumpur : Tujuh individu termasuk penganjur perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di sini, 12 Mac lalu sudah dipanggil bagi memberi keterangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kertas siasatan kes itu juga sudah disiapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Kita sudah rakam keterangan tujuh individu termasuk penganjur perhimpunan berkenaan dan kertas siasatan juga sudah siap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis akan memanggil pihak yang menyertai perhimpunan dan perarakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada 12 Mac lalu bagi membantu siasatan kerana didakwa melanggar undang-undang.


Noor Dellhan dilapor berkata, perhimpunan terbabit bermula 10 pagi dan berdasarkan pemerhatian, ia disertai kira-kira 150 orang termasuk aktivis hak asasi, mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perarakan terbabit.

Menurutnya, mereka memegang plakad antaranya “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori