Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Persediaan Banjir: 100 JKKK...

DUNGUN - Bagi meningkatkan tahap persediaan menghadapi banjir yang biasanya berlaku pada musim...

4 Resipi Mudah Sedia...

BILA sahaja menjelang musim perayaan, pasangan yang mempunyai anak kecil pasti merasa risau...

Malaysia Tempat Pertama Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam empat daripada enam sektor dalam...

Pengawal Keselamatan Lemas Menjaring...

PORT DICKSON - Seorang pengawal keselamatan ditemukan lemas ketika menjaring ketam di pantai...

Hukuman Mati Kesalahan Membunuh Jadi Hukuman Pilihan

KUALA LUMPUR: Hukuman mati bagi kesalahan membunuh yang termaktub bawah 302 Kanun Keseksaan, akan menjadi satu hukuman pilihan atau opsyen, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), memaklumkan hukuman mati secara pilihan turut tertakluk bagi tiga kesalahan yang berada bawah Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, ia berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri, sebelum ini.

“Berikutan 302 Kanun Keseksaan adalah jelasnya kesalahan di mana kematian berlaku atau disebabkan (kematian), maka hukuman mati secara pilihan atau opsyen dikekalkan.

“Bagi kesalahan yang mana tiada kematian berlaku atau disebabkan (kematian), hukuman mati akan dimansuhkan,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Seksyen 121 membabitkan kesalahan melancarkan atau cuba untuk melancarkan perang atau bersubahat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.


Seksyen 121A pula membabitkan kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Bagi Seksyen 39B ABD pula, ia membabitkan kesalahan pengedaran dadah berbahaya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dilaporkan berkata, tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori yang menjadi antara beberapa dasar baharu dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lalu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Sebaliknya, ia akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori