Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kabinet Bincang Cadangan Larang...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kabinet semalam membincangkan cadangan untuk melarang pelancong dari China...

Trafik Perlahan Arah Pantai...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke...

Scomi Energy Perolehi Kontrak...

KUALA LUMPUR - Unit perkhidmatan medan minyak Scomi Energy Services Bhd's (SESB) telah...

Dr M Pertahan Keputusan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan keputusan kerajaan Pakatan...

Ibu Terkilan Tak Sempat Sedia Baju Raya Warna Hitam

MUAR : Ibu empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, malam tadi terkilan tidak sempat menyediakan pakaian raya berwarna hitam yang diminta anak-anaknya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nabila Sedu, 31 yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dilihat mencium dan mendakap baju Tadika anaknya.

Nabila ketika ditemui dalam keadaan sebak berkata dia terkilan tidak sempat membeli kelengkapan baju raya sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Ada (pesanan) dari anak..mereka hendak baju raya warna hitam…,” katanya sambil mencium baju anaknya.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Nabila dan suaminya Thein Ko Htut, 30, gagal kerana mereka sangat sedih dan tergesa-gesa meninggalkan perkarangan Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Pasangan itu yang menetap di rumah sewa di Kampung Sabak Awor bersama empat anaknya sejak empat tahun lalu.


Dalam kejadian malam tadi, empat anak pasangan itu maut dalam kebakaran di rumah mereka.

Mereka ditemui di bahagian bilik air rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Muar Asistant Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata siasatan awal mendapati kemungkinan berlaku litar pintas, dipercayai bermula daripada dapur rumah berkenaan.

Beliau berkata mayat kesemua kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini, untuk bedah siasat.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori