Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Keputusan Permohonan Gantung Bicara...

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini menetapkan 3 Mac ini bagi keputusan...

Payung Rahmah: Baucar Elektrik...

MELAKA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengagihkan...

Mahfuz Omar Diminta Letak...

ALOR SETAR - Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti...

Polis Sudah Ambil Keterangan...

KUCHING - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sudah memanggil dan mengambil keterangan Datuk Seri...

Inspektor, 5 Anggota Polis Ditahan Kes Peras RM150,000 Sasar Warga China

KUALA LUMPUR: Lima anggota polis dan seorang pegawai berpangkat inspektor ditahan kerana disyaki memeras RM150,000 daripada sekumpulan warga China yang didakwa terbabit aktiviti penipuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keenam-enam mereka termasuk inspektor berkenaan ditahan pada Khamis lalu, membabitkan seorang sarjan, tiga koperal dan seorang kostabel, semua bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dibenarkan ditahan reman selama tiga hari.

Difahamkan, tiga daripada mereka menyerbu sebuah rumah di Jalan Bluconstellation 3, Mines Resort City di Seri Kembangan, dekat sini pada 30 Januari lalu sebelum didakwa memeras tujuh warga China yang berada di rumah itu supaya menyerahkan wang RM150,000 agar tidak ditangkap.

Kumpulan warga China berkenaan kemudian dikatakan menghubungi seorang lelaki tempatan yang juga ejen pekerja warga asing bagi meminjam wang RM100,000 untuk diserahkan kepada anggota polis terbabit.

Selepas menyerahkan wang terbabit, mangsa diberitahu bahawa mereka masih perlu menjelaskan baki RM50,000 dalam tempoh beberapa hari.

Ejen itu kemudian didakwa dipaksa membayar RM30,000 lagi yang dikatakan diserahkan kepada seorang pegawai di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang pada 1 Februari lalu.

Sumber memberitahu, seorang daripada anggota polis dalam kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dengan wang RM130,000 yang sudah diterima dan terus mengganggu ejen berkenaan untuk mendapatkan bagi RM20,000.

Difahamkan, anggota polis terbabit dikatakan menghantar mesej kepada ejen berkenaan melalui WhatsApp setiap hari kepada mangsa yang sudah kehabisan wang tunai dan tidak dapat membuat pembayaran.


Pada 15 Februari lalu, enam anggota polis dikatakan datang ke rumah kumpulan warga China berkenaan dan mengancam untuk menangkap warga asing itu, menyebabkan mangsa sekali lagi menghubungi ejen yang sama.

Selepas menunggu selama dua jam, kesemua anggota polis itu akhirnya keluar dari rumah berkenaan selepas menyedari mangsa tidak lagi mempunyai wang untuk diberikan kepada mereka.

Namun, seorang daripada anggota polis berkenaan menghubungi ejen itu semula pada 17 dan 20 Februari lalu melalui WhatsApp ketika ejen itu berada di Thailand.

Ejen berusia 57 tahun terbabit akhirnya membuat laporan pada 9 Mac lalu sebelum semua suspek ditahan pada hari yang sama. Polis turut menyerbu kediaman mereka dan merampas telefon bimbit masing-masing.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika mengesahkan penahanan itu, berkata semua anggota polis berkenaan direman sehingga esok.

Beliau berkata, polis juga sedang menyiasat jika warga China yang menjadi mangsa mereka terbabit dalam sebarang kegiatan haram termasuk penipuan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori