Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Minah Ini Toreh Tangan...

BELUM pun habis isu gadis Melayu berpelukan dengan artis K-Pop, muncul pulak kes...

Anggota Polis, Isteri Maut...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah...

Negeri Ditadbir PH Tak...

Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan dewan undangan negeri...

Langgar Kontrak: Azrel, Risteena...

SUBANG JAYA - Pelakon Azrel Ismail dan Nur Risteena Munim, masing-masing berdepan tuntutan...

Iran Gesa Perancis Beri Perhatian Kepada Penunjuk Perasaan, Elak Keganasan

TEHRAN: Iran hari ini menggesa Perancis supaya mendengar tuntutan penunjuk perasaan selain bertindak mengelakkan keganasan selepas lebih 450 orang ditangkap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada masa sama, bilangan anggota polis yang cedera dalam demonstrasi menentang reformasi pencen hampir bilangan penunjuk perasaan ditangkap.

Penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan Perancis semalam, disifatkan keganasan paling serius dalam pemberontakan selama tiga bulan terhadap keputusan Presiden negara itu, Emmanuel Macron mahu meningkatkan usia persaraan.

“Kerajaan Perancis mesti berhadapan dengan rakyat dan mendengar suara mereka.

“Kami tidak menyokong kemusnahan atau rusuhan, kami bukannya mewujudkan huru-hara di negara lain, tetapi dengar suara rakyat anda dan berusaha mengelakkan keganasan terhadap mereka,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani menerusi ciapan twitter.

Beliau merujuk kepada kritikan, termasuk dari Perancis, terhadap tindak balas Iran terhadap bantahan selama berbulan-bulan yang dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini selepas penahanan gadis berusia 22 tahun itu kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat republik Islam itu terhadap wanita.

Beratus-ratus orang terbunuh, termasuk berpuluh-puluh anggota keselamatan dan beribu-ribu lagi ditangkap berkaitan dengan apa yang disifatkan oleh pegawai Iran sebagai ‘rusuhan’ yang dicetuskan oleh Israel dan Barat.


Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah mengenakan beberapa pusingan sekatan ke atas Iran kerana tindak balasnya terhadap gerakan protes yang kebanyakannya diketuai oleh wanita.

Katanya, keganasan itu bercanggah pengajaran moral dan berdakwah kepada orang lain.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, berkata 457 orang ditangkap dan 441 anggota pasukan keselamatan cedera sehari sebelumnya tercetusnya protes.

Darmanin menolak gesaan daripada penunjuk perasaan untuk menarik balik pembaharuan pencen.

“Saya rasa kita tidak patut menarik balik undang-undang ini kerana keganasan.

“Jika ya, itu bermakna tiada negeri. Kita harus menerima perdebatan sosial yang demokratik, tetapi bukan perdebatan ganas,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori