Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Sultan Kedah Ke Istiadat...

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat...

“Kami Tidak Gentar”

GAZA - Mereka terlalu kecil untuk memahami perjuangan menuntut kebebasan, namun desakan semasa...

Tentera Laut Indonesia Tahan...

JAKARTA - Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI - AL) menahan sebuah kapal...

Kerajaan Setuju Bentang RUU...

PETALING JAYA : Kerajaan bersetuju supaya beberapa cadangan pembaharuan berkaitan tadbir urus, integriti...

Jepun Tamat Sekatan Eksport Ke Korea Selatan

TOKYO: Jepun akan menamatkan sekatan eksport ke atas bahan semikonduktor ke Korea Selatan manakala Seoul akan menarik balik aduan tindakan itu yang difailkan ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor AFP, kementerian perdagangan dari kedua-dua pihak membuat pengumuman itu ketika Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berada di Tokyo untuk sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang bertujuan untuk membina semula hubungan antara kedua-dua negara jiran.

Hubungan tegang antara Jepun dan Korea Selatan dikatakan mencapai titik krisis pada 2018 selepas mahkamah Korea Selatan mengarahkan firma Jepun membayar pampasan kepada mangsa-mangsa buruh paksa semasa perang dan juga kepada keluarga mereka.

Kementerian Perdagangan Jepun dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memutuskan untuk menarik balik sekatan dan mahu hubungan itu kembali seperti sedia kala seperti yang berlaku sebelum Julai 2019.


“Kami mengesahkan bahawa pihak Korea Selatan akan mengumumkan penarikan petisyen kepada WTO mengenai kawalan eksport Jepun,” kata kementerian itu.

Jepun menolak keputusan mahkamah Korea Selatan 2018 dengan alasan bahawa pertikaian era penjajah sudah pun diselesaikan pada 1965.

Hubungan diplomatik juga dikatakan dinormalkan pada tahun itu dan Tokyo member pinjaman dan bantuan ekonomi kepada Seoul bernilai kira-kira AS$800 juta (RM3.6 bilion), bersamaan beberapa bilion dolar sekarang.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori