Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Alam Wakaka Ajar Pasangan...

SELAIN mewujudkan kelas tarian untuk mereka yang berminat mempelajari seni tarian, koreografer terkenal,...

Klopp Pening Kepala, 3...

SADIO Mane menjadi pemain Liverpool terbaharu yang bergelut dengan kecederaan selepas Mohamed Salah...

MH128 Dijangka Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines Berhad penerbangan MH128 dijangka akan pulang ke...

Trump Nekad Pindahkan Kedutaan...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump memberikan pertimbangan serius kepada hasrat memindahkan Kedutaan Amerika...

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Ditentukan Akhir Tahun

KUALA LUMPUR : Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbincangan dan pertimbangan terhadap syor itu hanya dapat dibuat selepas 31 Disember depan.

“Jika mengikut Aka Hak Cipta 1987, tarikh tamat tempoh 50 tahun bayaran royalti P Ramlee adalah pada 31 Disember depan.

“Kita ikut kalendar tahun itu berakhir, bukan pada tarikh Allahyarham P Ramlee meninggal dunia iaitu 29 Mei ini.

“Sehubungan itu, segala perkara berbangkit berkaitan isu itu hanya akan dibincangkan kemudian. Kena tunggu tarikh akhir itu,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya program Daya Kreatif: Townhall Pengkarya (Penggiat Muzik Rakaman) anjuran aktivis seni muzik Langkah Baru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, kelmarin.

Mengenai kemungkinan tempoh bayaran royalti dilanjutkan kepada 75 tahun seperti dilaksanakan Singapura, Salahuddin menyerahkan perkara itu kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menelitinya.

“Kita ada MyIPO untuk mengkaji perkara itu. Sekiranya ada isu berbangkit pada masa itu, kerajaan akan putuskan melalui perbincangan Kabinet.

“Berikutan royalti ini milik Seniman Agung, sebarang kata putus perlu mendapat persetujuan Kabinet,” katanya.


Pada 29 Mei ini, genap 50 tahun pemergian P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung, lantas meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.

Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.

Sebelum ini, MACP dilapor menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.

Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, dilaporkan berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori