Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jemaah Jumpa Bayi Dihurung...

SEORANG bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tubuhnya...

Padah Potong Bumbung Kereta...

BEIJING - Akibat terlalu kreatif, seorang lelaki didenda kerana memotong bumbung keretanya untuk...

Hujahan Akhir Pendakwaan Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 Julai untuk mendengar hujahan...

Justin Bieber Cemburu Selena...

JUSTIN Bieber dikhabarkan merasa kecewa melihat keakraban bekas teman wanitanya, Selena Gomez yang...

Kerajaan Belum Noktahkan Hasrat Laksana Semula GST

KUALA LUMPUR : Kerajaan belum menoktahkan hasrat untuk melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), namun ia tidak akan diperkenalkan semula tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan GST akan membantu kerajaan meningkatkan pendapatan, sekali gus membolehkan lebih banyak usaha membantu rakyat, khususnya membasmi kemiskinan tegar.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini kerajaan masih mengkaji dan meneliti mengenai bilakah tempoh yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST.

“GST boleh membantu (kerajaan mendapat) pendapatan yang lebih, dengan pendapatan yang lebih itu kita boleh membantu rakyat yang susah.

“Jika ada GST, kita boleh menoktahkan kemiskinan. Bukan hanya (kategori) had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,109 boleh dinoktahkan, tapi juga yang berpendapatan RM2,208 ke bawah boleh dinoktahkan jika kita mempunyai kewangan yang banyak.


“GST boleh jadi cukai yang progresif jika kita mengenakan kadar sifar kepada barangan yang digunakan golongan B40. Kita masih lagi mengkaji, menilai bilakah masa yang sesuai.

“Kita masih lagi tidak menoktahkan GST ini. Setakat itu yang saya boleh nyatakan, cuma pada tahun ini ia tidak akan dilaksanakan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) sama ada pelaksanaan semula GST pada bila-bila akan memberi kesan kepada rakyat, khususnya golongan B40, sekali gus menjejaskan usaha kerajaan untuk menokotahkan kemiskinan tegar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori