Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Kahwin Lapan Lelaki...

MENJADI lumrah lelaki nak beristeri lebih dan itu adalah 'cita-cita' bagi kaum Adam. Namun,...

MTPNK Siasat Dakwaan Mangsa...

JELI - Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK) akan menyiasat dakwaan bahawa masih...

Kapten JDT Harus Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim perlu dikenakan...

2 Warga Emas Antara...

PARIT BUNTAR - Dua warga emas berusia 68 dan 72 tahun antara 14...

Kerajaan Cadang Pelepasan Cukai Klinik Pergigian Swasta Pinggir, Luar Bandar

KUALA LUMPUR -Kerajaan bercadang memberi pelepasan cukai kepada klinik pergigian swasta di kawasan pinggir serta luar bandar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara berkenaan diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2023 dan Pelancaran Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan, di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini.

“Timbalan Menteri Kesihatan (Lukanisman Awang Sauni) tadi menyuarakan kita perlu salah satunya tingkatkan servis dalam bidang pergigian, khususnya di pinggir, luar bandar di kawasan kurangnya fasiliti sama ada di peringkat kerajaan mahupun peringkat swasta.

“Jaringan hubungan antara kesihatan awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), persatuan dan klinik swasta dapat tingkatkan pembukaan perkhidmatan pergigian walaupun kita ada ‘mobile clinic’.

“Tetapi ia tidak mencukupi. Sebab itu satu daripada permintaan mereka (doktor pergigian) adalah pelepasan cukai. Apabila mereka membuka klinik pergigian, ia membantu mereka dari segi kos.


“Insya-Allah saya akan kemukakan perkara berkenan kepada Kementerian Kewangan bagi menyokong usaha ini,” ujarnya ketika sidang akhbar, petang tadi.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA), Dr Lim Chiew Wooi.

Lukanisman ketika majlis petang tadi berkata, beliau berharap Perdana Menteri dapat menambah fasiliti pergigian di kawasan bandar dan luar bandar.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori