Ulu Tiram : Kementerian Komunikasi dan Digital akan mendapatkan maklumat sebelum membuat sebarang kenyataan penuh mengenai kejadian Kamal Adli yang dipukul seorang lelaki di Singapura semalam.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Katanya, isu keselamatan artis tempatan adalah menjadi perkara penting bagi golongan penggiat seni itu.
Katanya, setakat ini pihaknya tidak memiliki maklumat khusus berkaitan kejadian menimpa pelakon itu.
“Memang isu keselamatan artis menjadi perkara penting bagi mereka.
“Namun kita akan mendapatkan maklumat dan teliti apa yang berlaku sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya pada sidang media ketika menjalankan lawatan kerja di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Sungai Tiram di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tiram, Azizul Bachok dan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wse Tse.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, pelakon Uqasha Senrose yang ketika ini berada di Singapura, mendakwa suaminya dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala selepas mereka menghadiri suatu acara di republik itu.
Berikutan insiden itu, Uqasha mendakwa Kamal cedera teruk hingga dikejarkan ke hospital dan perlu ditidurkan sebelum dibedah.
Pasangan suami isteri itu berada di republik berkenaan untuk menghadiri satu ekspo dan kejadian berlaku pada hari terakhir mereka di sana.
-Harian Metro