Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perlantikan Mueller Tanda Komited...

KUANTAN - Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines...

Pesawat Terhempas Atas Rumah...

MEXICO CITY - Empat orang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas sebuah pesawat...

Bukan Mudah Untuk Penuhi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Tanggungjawab Terhadap Negara Belum...

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, belum bersedia untuk bersara biarpun memaklumkan bahawa...

KKD Kaji Naikkan Ketinggian Menara Telekomunikasi

JOHOR BAHRU – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengkaji cadangan untuk meninggikan tapak bagi membina menara telekomunikasi terutamanya di kawasan yang kerap terjejas banjir pada masa hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, langkah berkenaan dibuat bagi memastikan perkhidmatan internet terutamanya di sekitar kawasan yang dilanda banjir itu tidak terjejas.

Malah katanya, langkah berkenaan telah terbukti berkesan apabila perkeara berkenaan dilakukan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini selain pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut melakukannya terhadap 40 menara telekomunikasi sebelum ini.

“Pihak SKMM telah memaklumkan terdapat lebih kurang 40 lokasi menara yang telah dinaikkan kedudukannya iaitu ditinggikan sedikit menara tersebut melibatkan ‘base station’ termasuklah pencawang.

“Tindakan ini kita lihat telah berjaya dilakukan di negeri-negeri yang kerap dilanda banjir seperti Kelantan dan Terengganu…oleh itu, untuk Johor, kita telah arahkan pihak SKMM untuk pastikan berapa banyak menara yang perlu dinaikkan ketinggiannya agar akses kepada talian komunikasi tidak lagi terjejas sekiranya banjir berlaku lagi,” katanya pada Isnin.

Fahmi berkata demikian pada sidang media ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Dewan Raya Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini hari ini.


Hadir sama, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Sementara itu Fahmi turut memaklumkan sebanyak 160 menara telekomunikasi di sekitar Johor telah terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, lebih separuh daripada jumlah menara yang terkesan dilaporkan telah kembali berfungsi dengan baik ketika ini.

“Diharapkan agar cadangan meninggikan paras bagi tapak pembinaan menara telekomunukasi ini dapat membantu masalah talian komunikasi akibat banjir kelak,’ katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori