Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengacara 3R Kahwin Lesbian...

TERKEJUT dan tergamam... Sejak semalam, kecoh di kebanyakan portal hiburan tempatan tentang 'kisah...

Tun Dr Mahathir Lawat...

BANGKOK – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Thailand pada...

Bom Kereta Meletup Di...

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh apabila sebuah bom kereta meletup di luar...

‘Sultan Melaka’ Bebas Tuduhan...

MELAKA - Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini melepaskan dan membebaskan seorang ahli...

KWSP Perinci Kaedah Terbaik Cagaran Pinjaman

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi melaksanakan kemudahan penggunaan baki caruman Akaun 2 sebagai sokongan untuk pencarum membuat pinjaman peribadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

“KWSP ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai sokongan untuk membuat pinjaman peribadi daripada sistem perbankan bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai,” kata KWSP hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi,maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan tersebut akan diumumkan oleh KWSP pada masa yang akan datang.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan bercadang memperkenal kaedah yang membenarkan pencarum membuat pinjaman bank dengan menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.

Bagaimanapun, kaedah tersebut hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori