Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Budak 9 Tahun Dakwa...

BAWA DIRI... Gara-gara nakal, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa dirinya dihalau...

Keputusan TH Jual Semula...

BERA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan keputusan...

Chong Wei Jalani Rawatan...

DATUK Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan untuk memulihkan penyakit yang...

JDT Tak Sasar Sebarang...

JOHOR BAHRU - Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya menyasarkan untuk berada pada...

LHDNM (HASiL) Sumbang Kelengkapan 45 Orang Murid Sekolah Sekitar Keningau

Keningau, 9 Mac 2023 – Tanggal 19 Mac akan datang merupakan sesi baharu persekolahan bagi sesi 2023/2024. Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah lokaliti Keningau telah mengambil inisiatif dengan menyantuni
murid-murid dari sekitar Keningau melalui penganjuran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) HASiL Kasih Prihatin yang diadakan bersempena sambutan Hari HASiL yang ke-27 pada tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam program tersebut, seramai 45 orang murid yang kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan St. Francis Keningau, Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau dan Sekolah Kebangsaan Banjar Keningau telah menerima sumbangan seperti yang berikut:

• Kelengkapan sekolah

• Wang tunai berjumlah RM100 setiap murid

Program yang telah diadakan di Dewan HASiL lokaliti Keningau ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajam Bin Lajah Alam, Pengarah Negeri HASiL Sabah bersama Encik Mazlan Mandin, Pengarah Operasi Negeri HASiL Sabah (Seksyen Pungutan) merangkap Pengerusi Program CSR.

Turut hadir sama menjayakan majlis tersebut ialah Pengarah Operasi Negeri HASiL Sabah.

YBhg. Datuk Hajam Bin Lajah Alam dalam ucapannya berkata, program CSR ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara HASiL dengan masyarakat, malah ia merupakan tanda sokongan padu HASiL kepada pembangunan modal insan yang merupakan salah satu pendekatan strategik HASiL dalam mendekatkan diri kepada masyarakat.


Ujar beliau lagi, melalui sumbangan ini, HASiL berharap ia dapat membantu meringankan beban dan membantu murid-murid tersebut dalam membuat persiapan pembukaan sekolah tidak lama lagi.

Natijahnya, pelaksanaan program-program seumpama ini wajar diteruskan sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam menerapkan budaya prihatin serta memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam menikmati hasil dan kemakmuran negara.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori