Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Landasan Terbang 3...

KUALA LUMPUR – Landasan terbang 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ditutup...

Omicron Bukan “Konspirasi KJ”...

PUTRAJAYA: Peningkatan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di negara ini bukan satu konspirasi...

JLKN Nafi PLKN Seperti...

KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menyangkal kenyataan Persatuan Patriot Kebangsaan...

PAN Tidak Akan Melutut...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan kerana tidak mahu melutut pada...

Mahkamah Syariah Luluskan Tuntutan Fasakh Wanita Dalam Koma

SEREMBAN : Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini, meluluskan permohonan tuntutan fasakh oleh wanita yang berada dalam koma, Jahidah Nordin, terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tuntutan fasakh oleh Jahidah, 44, terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin, 41.

Fauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.

“Saya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.

“Saya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.

Fauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

“Saya gembira dan tidak sabar untuk memaklumkan keputusan ini kepada keluarga. Untuk proses seterusnya (hak penjagaan dan tuntutan nafkah) saya akan bincang dengan peguam,” katanya.

Fauziah berkata, dia berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.

Terdahulu, di dalam mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim, Hamizan Mohd Nor.

Kenyataan sebanyak tujuh muka surat itu mengandungi 31 soalan dan jawapan sebelum Hamizan bertanyakan beberapa soalan pengesahan terhadap Fauziah ketika prosiding.

Ketika prosiding juga, hakim bertanya kepada Fauziah mengenai nafkah kepada kakaknya, sebelum Fauziah memaklumkan lelaki berkenaan tidak pernah melawat atau menghubungi Jahidah, selain tidak memberikan nafkah.


Sementara itu, Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.

“Tuntutan fasakh kita mula buat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri, tetapi berikutan keadaan dirinya, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya terlebih dahulu pada Januari lalu.

“Mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua mahkamah tinggi itu dan pada hari ini memutuskan bahawa pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.

Mengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,

“Tetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.

“Jadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari lalu,” katanya.

Media pada Mei 2021 melaporkan seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei.

Wanita itu yang seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori