Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Abdul Rahim Nafi Terlibat...

KOTA KINABALU - Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri menafikan sekeras-sekerasnya laporan...

Anggota TLDM Maut, Anak...

TELUK INTAN - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala isteri...

Agong Terima Watikah 5...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Orang Lain Melukis Guna...

Bagi seorang pelukis di China, menghasilkan karya dengan menggunakan peralatan biasa dalam seni...

Menteri Cadang Wujudkan Pasar Raya Harga Berpatutan, Libatkan Hartawan

PARLIMEN | Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub mencadangkan agar pasar raya dengan harga barang yang berpatutan diwujudkan dengan kerjasama hartawan di Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Salahuddin menyuarakan cadangan itu ketika menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang bertanya jika inisiatif Jualan Rahmah – iaitu program jualan murah oleh pasar raya yang mengambil bahagian – akan diteruskan.

Menjawab soalan itu, dia memberi contoh pasar raya di negara-negara luar yang menawarkan konsep jualan barangan dengan harga berpatutan tetapi dengan kualiti yang sama dengan pasar raya lain.

“Tentang jangka masa panjang, saya sudah mula berfikir sekiranya syarikat-syarikat pasar raya, bukan hanya dalam negeri tetapi multinasional seperti Lotus dan Aeon Big…kenapa tidak kita cuba untuk wujudkan pasar raya untuk mampu milik (harga berpatutan)?


“Saya pernah melawat United Kingdom UK dan Amerika Syarikat, ada pasar raya yang menjual barang secara berpatutan kerana barang-barang yang mahal adalah berjenama tapi kualiti tetap sama, keuntungannya juga agak menggiurkan untuk (syarikat) turut serta.

“Insya-Allah kita akan adakan lebih lagi libat urus. Kita ada ramai billionaire dalam negeri kita ini, kenapa tidak mereka melabur dalam pasar raya untuk beri manfaat kepada rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori