Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PN Sokong Pembahagian Kerusi...

MUAR : Perikatan Nasional (PN) menyokong usaha pembahagian kerusi melibatkan parti gabungan mereka...

Syria Rekodkan Kes Pertama...

AMMAN - Kerajaan Syria mengesahkan kes pertama koronavirus baharu (Covid-19) selepas seminggu menafikan...

Video Bayi Didera Merupakan...

IPOH - Video yang memperlihat seorang bayi didera yang menjadi viral sejak beberapa...

‘Khairuddin Penipu!’ – Zahid...

BONGKAR... Dalam arena politik tanah air, nama Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bukanlah asing...

MP Besut Diusir Dari Dewan, Digantung Tiga Hari

PARLIMEN | Gara-gara gagal mengikut arahan agar duduk kembali di tempatnya, Che Zulkifly Jusoh (PN-Besut) diarah keluar dari Dewan Rakyat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tidak cukup dengan itu dia juga digantung daripada memasuki Dewan Rakyat selama tiga hari.

Sebelum itu Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor mengarahkan Che Zulkifly duduk di tempatnya sebanyak tiga kali ketika timbul sedikit kekecohan di yang melibatkan pembangkang dan wakil kerajaan.

Bekas ahli parlimen Umno bagi penggal 2013-2018 sebelum bertanding sebagai calon PN dalam PRU lalu terlibat dalam pertikaman lidah di antara Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ramkarpal Singh.

Tindakan dia mencelah dalam pertikaian tersebut dan enggan mematuhi arahan Ramli akhirnya dikenakan tindakan penggantungan berkenaan.


Bagaimanapun bekas hakim mahkamah sesyen itu jelas tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut.

“Saya dah duduk dah, kenapa keputusan (dibuat) selepas (itu)?” katanya.

Dia hanya akur selepas Ramli meminta bentara Dewan Rakyat mengiringi Che Zulkifly keluar.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori