Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Dokumen ‘PASleak’: Peguam Zahid...

Peguam yang mewakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah membuat laporan polis berhubung...

Rakyat Mahu Tahu Siasatan...

APA jadi pada kes Zeti. Kenapa lambat sangat umum hasil siasatan. Secara moral...

Ulama PAS Setuju Perlu...

SEPAKAT... Kerjasama politik atau pembentukan gabungan antara PAS dengan UMNO bagi hadapi kerajaan...

Sultan Selangor Selamat Nikah...

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat diijabkabulkan dengan pembaca berita...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka kepada orang ramai pada pukul 3 petang hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kemudahan terbaharu itu melengkapkan MRT Putrajaya yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Persekutuan ke ibu kota Kuala Lumpur.

Perkhidmatan itu mampu membawa 1,200 penumpang pada satu-satu masa, sekali gus dapat menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik sejak kebelakangan ini.

MRT laluan Putrajaya fasa 2 bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam tempoh dua tahun.

Keseluruhan laluan Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori