Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nadiya Luah Rasa Syukur...

KUALA LUMPUR - Selepas 22 hari bersalin, barulah pelakon Nadiya Nisaa berkongsi berita...

Sebiji Telur Sehari Elak...

PARIS - Selama berdekad-dekad lamanya kita telah dimomokkan dengan amaran bahawa memakan telur...

‘Semua Itu Tak Betul!’...

DESAS-DESUS yang menyatakan pelakon dan produser, Datuk Hans Issac telah memeluk agama Islam...

Pemandu Maut, Lori Muatan...

SEREMBAN - Seorang pemandu lori membawa tong gas maut selepas lorinya terjatuh ke...

‘Muhyiddin Perlu Kemuka Bukti Atau Disaman’

KUALA LUMPUR : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar mengemukakan bukti, surat pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary yang didakwa dikeluarkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng atau berdepan tindakan saman fitnah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Guan Eng, berkata Muhyiddin perlu meminta peguamnya untuk menasihati beliau dengan betul bagi mengelakkan bekas Perdana Menteri itu berdepan prosiding sivil yang tidak perlu.

Katanya, Muhyiddin juga perlu menukar peguam yang memberi nasihat bahawa Menteri Kewangan bertanggungjawab secara peribadi bagi sebarang keputusan yang diambil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mana-mana pembayar cukai walaupun tiada arahan spesifik dikeluarkan atau diterima oleh menteri

“Ini adalah dakwaan yang serius bahawa saya bertindak terhadap sebuah yayasan kebajikan Islam. Ia adalah bersifat menghasut kerana dakwaan berkenaan adalah tidak berasas.

“Sekiranya tidak disangkal dengan bersungguh-sungguh, kenyataan berbaur hasutan sebegini boleh menyemarakkan sentimen yang menjejaskan muhibah kaum dan mengancam keharmonian agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, dengan ketiadaan arahan khusus, bagaimanapun seorang menteri boleh bertanggungjawab bagi setiap tindakan yang diambil oleh pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah bidang kuasanya.

Katanya, jika itulah senarionya, maka sebagai Perdana Menteri terdahulu, Muhyiddin perlu bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan rasuah oleh pegawai kerajaan di negara ini.


“Oleh kerana jelas tiada surat pembatalan sedemikian, beliau harus memohon maaf dan menarik balik kenyataan palsunya atau berdepan tindakan memfitnah yang memerlukan Muhyiddin untuk bukan sahaja melakukan perkara sama tetapi juga membayar ganti rugi.

“Muhyiddin mempunyai masa sehingga Rabu ini untuk memutuskan sama ada beliau mahu menghadapi prosiding mahkamah tambahan selain pertuduhan rasuah yang kini dihadapinya,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng menafikan mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Yayasan Albukhary dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Dalam satu kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhyiddin mendakwa, kerajaan PH membatalkan pengecualian pembayaran cukai yang diluluskan kepada Yayasan Albukhary.

Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau tahu punca Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diperoleh Yayasan Albukhary sebelum itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori