Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembentangan Kertas Putih FELDA...

KUALA LUMPUR - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) menangguhkan pembentangan Kertas Putih Lembaga...

Honda Hadiah Civic Type...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia telah menghadiahkan kereta Honda model Civic Type R...

Euw.. Cacing 1 Meter...

APA perasaan anda sekiranya mengetahui ada binatang atau serangga 'menumpang' hidup dalam tubuh...

Lelaki Maut Ditimpa Pokok...

GUA MUSANG - Seorang penebang balak maut apabila dihempap pokok yang ditebangnya di...

Muhyiddin Serah Kepada MKT Untuk Putuskan Jawatan Presiden

Muhyiddin Yassin menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Bersatu untuk menentukan sama ada dia akan terus menjawat jawatan presiden atau pun tidak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini Muhyiddin berkata dia juga akan akur dengan ketetapan yang akan dibuat MKT berhubung kedudukannya.

“Saya akan bawa kedudukan saya pada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti untuk mereka putuskan.

“Kerana saya berbeza dengan Wan Saiful Wan Jan, saya adalah presiden yang dipilih oleh parti.

“Saya akan serah kepada MKT dalam tempoh paling dekat apa sahaja keputusan mereka buat saya akan akur,” katanya.


Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada sedia melepaskan jawatannya dalam Bersatu atau pun tidak.

Wan Saiful sebelum ini melepaskan jawatan sebagai ketua penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.

Katanya, tindakan itu untuk menetapkan satu standard supaya pertuduhan dihadapi tidak menimbulkan salah pandangan terhadap parti.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori