Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

DFKL Kemenangan Hanya Berpihak...

ANUGERAH Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) yang diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya...

Raja Afiq Berang, Siar...

AL KISAH sebuah laman blog hiburan tempatan telah dikesan menyalahgunakan wajah pelakon Raja...

Kelantan Sedia Wifi Percuma...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar...

SPRM Sita RM3 Juta...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menyita sejumlah RM3 juta...

Muhyiddin Tidak Akan Ditahan SPRM Hari Ini – Hamzah

PUTRAJAYA : “Saya yakin beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan dilepaskan oleh SPRM tengah hari ini,” kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hamzah berkata demikian ketika ditemui media di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, beliau berdoa dan berharap Muhyiddin tidak ditahan SPRM hari ini.

“Bagaimanapun, ia (penahanan) terpulang kepada SPRM. Kami berharap beliau akan dibenarkan keluar tengah hari ini selepas memberi keterangan kepada SPRM.

“Kami percaya, Presiden kami bersedia untuk menjawab apa jua persoalan dan memberi keterangan sebaik mungkin kepada SPRM,” katanya.


Katanya, pihaknya percaya Muhyiddin tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa dan dilaporkan media.

Hamzah berkata, beliau dan beberapa pimpinan Bersatu dan PN telah bertemu dan mengadakan beberapa perbincangan bersama Muhyiddin malam tadi.

“Beliau (Muhyiddin) menjelaskan apa yang berlaku dan kami yakin dia tidak lakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Muhyiddin tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 11.15 tadi bagi memberi keterangan kepada SPRM dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori