Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

FAP Intai Pemain Timur...

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua...

Aliran Trafik Ibu Kota...

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar...

Pemimpin Pas Sering Cakap...

BAYANGKANLAH jika kenyataan ini keluar dari mulut tokoh UMNO tidak kira ketika mesyuarat...

MH370: Serpihan Mirip Pesawat...

SETELAH serpihan sayap pesawat yang ditemui di Pulau Reunion pada 30 Julai lalu...

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan Di HKL

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara memberikan kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkait kesihatannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata itu adalah permohonan biasa dan dibolehkan Jabatan Penjara untuk memberi pelepasan dalam tempoh tertentu.

“Semalam Ketua Pengarah Penjara maklumkan saya, benar beliau (Najib) dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan yang bersabit dengan kesihatannya. Itu permohonan biasa dan dibolehkan Jabatan Penjara memberi pelepasan dalam tempoh tertentu.

“Bergelar tahanan sekali pun tidak menghilangkan haknya untuk mendapatkan rawatan. Itu kaedah Jabatan Penjara menguruskan hal seperti ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.


Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak beberapa hari lalu dipercayai mengalami jangkitan pada paru-paru.

Sebelum ini Najib pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami ulser kronik tahun lalu.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori