Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rabies: 17,844 Ekor Haiwan...

KUCHING - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menyuntik vaksin kepada 17,844 ekor haiwan kesayangan dalam...

Adib Tiada Dalam Jentera...

SHAH ALAM - Saksi kedua inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim,...

APMM Labuan Perhebat Operasi...

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan sedang meningkatkan operasi mencegah penyeludupan...

Polis Sarawak Rampas Dadah,...

KUCHING - Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 11...

NASA Umum Nama Empat Angkasawan Keliling Bulan 3 April

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan mengumumkan nama empat angkasawan iaitu tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang warga Kanada bulan depan yang akan terbang mengelilingi bulan pada tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lapor AFP, pentadbir NASA, Bill Nelson berkata, empat anak kapal misi yang dikenali sebagai Artemis 2 akan didedahkan pada 3 April ini.

“Angkasawan iaitu tiga dari AS dan satu dari Kanada akan terbang mengelilingi bulan dan mereka akan menguji Sistem Pelancaran Angkasa Lepas NASA yang merupakan roket kami dan kapal angkasa yang dipanggil Orion,” kata Nelson.

Misi Artemis pertama selesai pada bulan Disember lalu dengan kapsul Orion yang tidak mempunyai kru kembali dengan selamat ke bumi selepas perjalanan selama 25 hari mengelilingi bulan.


Artemis 2 yang dijadualkan berlangsung pada akhir November 2024 akan membawa empat orang kru mengelilingi bulan tetapi tanpa mendarat di atasnya.

Program bercita-cita tinggi itu bertujuan untuk mengembalikan manusia ke bulan buat kali pertama sejak misi bersejarah Apollo berakhir pada 1972.

UtusanOnline-

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori