Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018 Bukti P.Pinang...

GEORGE TOWN - Cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAP) dan...

Peluang Pekerjaan Baharu Melalui...

KUALA LUMPUR - Program MyApprenticeship akan menyediakan satu juta peluang pekerjaan tambahan kepada...

Harga Ayam Di Selangor...

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga...

Individu Tercicir Nama, Boleh...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN),...

Notis Merah Ke Atas 6 Individu Skandal 1MDB Masih Aktif

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan ‘Red Notice’ atau Notis Merah terhadap enam penama yang didakwa terbabit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penama berkenaan adalah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, Terence Geh Choh Heng, Casey Tang Keng Chee, Jasmine Loo, Eric Tan Kim Loong dan Nik Faisal Ariff Kamil.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tiada dalam kalangan 195 negara anggota Interpol yang mengesahkan keberadaan semua penama terbabit.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan pihak berkuasa antaranya di Amerika Syarikat (AS) dan Singapura untuk memperoleh maklumat berkait bagi membantu siasatan.

“Red Notice yang diperoleh daripada Interpol terhadap semua penama ini masih aktif dan dan berkuat kuasa sehingga ke hari ini.

“Bagaimanapun, daripada 195 negara ahli Interpol, tiada negara mengesahkan keberadaan penama di atas di negara mereka.


“Sehingga ke hari ini, PDRM masih bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), AS, pihak berkuasa Singapura dan agensi penguatkuasaan negara lain yang turut menjalankan siasatan ke atas dana milik syarikat 1MDB.

“Ia bagi mendapatkan maklumat yang boleh membantu mengesan dan menangkap semua penama di atas,” katanya dalam jawapan yang dipaparkan di laman web Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang meminta KDN menyatakan perkembangan terkini usaha mengesan Jho Low, Terence Geh, Casey Tang, Jasmine Loo, Nik Faisal dan Eric Tan.

Mengulas siasatan KDN melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Saifuddin berkata, PDRM sudah memfailkan pertuduhan di mahkamah secara in absentia (tanpa kehadiran) terhadap Jho Low, Casey Tang, Jasmine Loo dan Eric Tan di Mahkamah Majistret Putrajaya serta Kuala Lumpur.

Bagi Nik Faisal, Saifuddin berkata, siasatan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung SRC International Sdn Bhd (SRC).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori