Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Anggota Polis Selamatkan...

MUAR - Mayat anggota polis yang lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, yang...

Keracunan Alkohol Tidak Lagi...

KUALA LUMPUR - Kematian akibat keracunan arak tidak lagi terhad ke Lembah Kelang...

Tanah Runtuh: Operasi Cari,...

GEORGE TOWN - Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh...

Lelaki Myanmar Ditemui Mati...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala...

PBB Kecam Menteri Israel Gesa Penempatan Palestin Dihapuskan

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kenyataan seorang menteri kanan Israel yang mahu sebuah kawasan penempatan penduduk Palestin dihapuskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengeluarkan kenyataan demikian beberapa hari selepas dua penduduk maut ditembak di Huwara yang mendorong penduduk Yahudi menyerang kawasan itu di Tebing Barat.

Smotrich dalam kenyataannya mendakwa kampung Huwara perlu dihapuskan dan menegaskan Israel perlu melakukannya.

Bagaimanapun, Smotrich dalam ciapan di Twitter memaklumkan kenyataan beliau tidak bermaksud menghapuskan kampung Huwara, sebaliknya merujuk pada tindakan khusus yang menyasarkan aktiviti keganasan.


Ketua hak asasi manusia PBB, Volker Turk ketika berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva mengecam komen asal Smotrich.

Beliau juga menyifatkan kenyataan menteri itu sebagai sukar difahami dan berunsur hasutan sehingga boleh mengundang keganasan dan permusuhan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori