Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar...

PDRM Pandang Serius Ancaman...

KUALA LUMPUR - Polis dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan sentiasa diletakkan dalam tahap...

Proton Bangkit Di Indonesia,...

JAKARTA - Pengeluar kereta terkenal Malaysia, Proton membuat penampilan sulung tahun ini di...

Bocor! Gambar Model Proton...

SEMAKIN dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor...

PDRM Siasat Skim Pelaburan Sencapital, Babitkan Kerugian Lebih RM6 Juta

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat skim pelaburan ‘Sencapital’ yang dikesan menjalankan penipuan seluruh negara dan menyebabkan kerugian keseluruhan RM6.7 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata skim berkenaan yang aktif sejak hujung tahun lalu menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham dan mereka yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp dikenali ‘JP Morgan Business School’.

Beliau berkata, pelabur kemudian perlu mendaftar dan membeli saham ditawarkan melalui laman sesawang http://sencapital.xyz/.

“Bagi tujuan pembayaran, pelabur diminta membuat pindahan wang ke beberapa akaun syarikat yang berbeza.

“Bagaimanapun, bermula bulan lalu, laman sesawang Sencapital tidak lagi aktif dan pelabur tidak dapat mengeluarkan wang yang dilaburkan,” katanya melalui kenyataan hari ini.


Noorsiah berkata, setakat ini pihaknya menerima 42 laporan polis dan menggesa mangsa yang belum membuat laporan tampil berbuat demikian bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, PDRM mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan menyemak dengan terperinci sebelum menyertai sebarang skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan.

“Dapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List oleh Bank Negara Malaysia dan Security Commission sebelum memutuskan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori