Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Singapura Berkabung Peringati Mangsa...

SINGAPURA - Singapura hari ini menghayati hari Peringatan Negara bagi lapan rakyatnya yang...

1MDB: Mat Dispatch Individu...

SELEPAS beberapa siri penahanan individu bergelar 'Datuk' dibuat pihak berkuasa dalam siasatan kes...

” Saya Buat Doa...

“SAYA memang merancang untuk buat majlis bulan ini, tapi bukan majlis resepsi seperti...

“Berita Saya Bakal Mengacara...

MEMASUKI tahun 2015, kelibat dua pengacara Melodi terdahulu, Zulin Aziz dan Sheery Alhadad tidak...

‘Pemilihan Kali Ini Bagi Kukuhkan Parti, Bukan Sekadar Tukar Ganti Pemimpin’

KUALA LUMPUR : Pemilihan UMNO kali ini bukan sekadar pertukaran kepimpinan namun memberi signifikan kepada parti itu sendiri, kata Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, ia termasuk membawa parti UMNO ke arah pengukuhan bagi memastikan aspirasi perjuangan parti berterusan didukung oleh semua pihak.

“Pemilihan kali ini tidak boleh dilihat sebagai hanya suatu lagi pemilihan. Bukan sekadar menukar ganti pemimpin.

“Ia harus dihayati sebagai peluang untuk menguatkan parti. Menampilkan barisan yang hanya mewakili UMNO dan bukan kelompok, sosok dan peribadi tertentu,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.

Katanya, pemilihan UMNO kali ini amat penting untuk akar umbi parti memilih pemimpin yang kompeten dalam melaksanakan gerak kerja berpasukan terutama bersama kepimpinan tertinggi.

“Sangat penting untuk kita memilih kalangan yang boleh bekerja dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Memilih pemimpin yang boleh berfikir dan bertindak sebagai pasukan dengan misi dan iltizam yang selari.

“Pemimpin yang mengutamakan kerja nyata dan sumbangan. Semoga yang menang nanti ialah UMNO, insya-Allah,” katanya.


Terdahulu, beliau mengumumkan penawaran dirinya sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 2023 sehingga 2025.

Katanya, tujuan itu adalah semata-mata untuk berkhidmat dan meneruskan khidmat kepada parti.

“Penawaran diri ini, saya sedar dalam keadaan dan saat parti berada dalam kedudukan yang tidak terbaik, dianggap jauh daripada orang Melayu.

“Dengan tekad mengembalikan kepercayaan yang hilang dalam kalangan orang Melayu terhadap UMNO dan ia wajar menjadi fokus utama semua ahli. Dengan bekerja bersama semua yang percaya bahawa parti yang lemah seperti parti kita pada hari ini, haruslah kita sama usaha bangkitkan kembali.

“Saya berharap mendapat keizinan semua supaya saya dapat meneruskan ikhtiar untuk kita memeta perjalanan parti kita ini untuk masa kini dan masa akan datang,” katanya.

Pada Sabtu lalu, berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta pemilihan jawatankuasanya bersama pemilihan di peringkat pusat.

Pemilihan UMNO dijadual berakhir Sabtu ini, dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori