Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ariana Grande Bakal Berkahwin...

PENYANYI Ariana Grande dikhabarkan bakal berkahwin dengan tunangnya, Pete Davidson pada 4 Ogos depan. Menurut...

Melayu Jadi Presiden Singapura...

SINGAPURA bakal mendapat seorang presiden daripada tokoh Melayu tahun depan. Melalui pengumuman Perdana Menteri...

Pakai Uniform Sekolah, Bercium...

AKIBAT terlampau terikutkan gaya Barat sampai terbawa-bawa ke alam realiti? Tapi tak sesuai...

Gesa Siasat Semula Kematian...

KUALA LUMPUR: Pejuanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta polis supaya membuka semula kertas...

Pengguna Mengeluh Ada Peniaga Naikkan Harga Aayam

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga ayam sejak awal Ramadan menyebabkan pembeli terkesan dan mendakwa saiz ayam diterima lebih kecil berbanding sebelumnya di beberapa lokasi di ibu negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pesara, Rohaya Hassan, 62, berkata ayam siap dipotong ini boleh mencecah antara RM15 sehingga RM16 sekilogram (kg) berbanding RM10 sebelum ini.

“Oleh sebab nak makan sebagai juadah berbuka, kena beli juga walaupun mahal,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Suri rumah, Noorzila Abdul Rahman, 49, mendakwa ayam yang dibeli di pasar borong turut mengalami kenaikan harga tetapi saiznya kecil berbanding di pasar raya.

“Kami biasa berbelanja di pasar borong dan agak terasa dengan kenaikan harga ayam kerana selalunya membeli dua ekor dalam satu masa.

“Kalau untuk dua ekor ayam sekarang dalam RM40 di pasar borong tetapi kalau di pasar raya, saya cuma beli bahagian yang anak suka,” katanya.


Ibu kepada tiga anak itu mengakui kenaikan harga ayam agak membebankan kerana pada masa sama turut menanggung perbelanjaan sekolah anak.

Tinjauan di Mydin Subang Jaya Hypermarket mendapati, ayam standard dijual pada harga RM9.39 setiap kg manakala di sekitar Petaling Jaya, ayam dijual antara RM9.30 hingga RM9.60 satu kg.

Peniaga ayam yang hanya ingin dikenali sebagai Zulkifli, 58, berkata ada mendapat makluman kenaikan harga ayam berlaku di peringkat ladang walaupun permintaan tinggi.

“Kami memproses dan menjual antara 700 sehingga 800 ekor ayam sehari, menyebabkan harga di sini lebih murah berbanding tempat lain,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori