Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiket Laku Keras, KRU...

SETELAH 25 tahun berkecimpung dalam industri muzik, kini kumpulan KRU bakal mengadakan konsert...

Jurulatih Zumba Hilang, Keluarga...

RESAH menantikan khabar berita tentang keadaan seorang pemuda yang tidak pulang-pulang, ahli keluarga...

Letak Gambar Shah Rukh...

KUANTAN - Kesunyian merupakan antara faktor wanita di negara ini mudah terpengaruh dengan...

Wanita Seludup Wang Tunai...

Republik Dominica – Agaknya berapa besar perut wanita ini, jika tidak takkan dia...

Penunggang Maut Rempuh Kereta Rosak

REMBAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 234.4, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), arah utara, dekat sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Mohd Faliq Maula Abd Rahman, 33, yang berasal dari Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, berkata kemalangan membabitkan dua kenderaan, iaitu motosikal skuter dan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

“Penunggang motosikal dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang. Mangsa dikatakan hilang kawalan, lalu merempuh bahagian belakang kereta yang berada di lorong kecemasan.

“Kereta itu kerosakan enjin dan berhenti di lorong berkenaan.


“Akibat kemalangan, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya hari ini.

Hazri berkata, pemandu kereta bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun tidak cedera.

“Mayat penunggang motosikal dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat mengukut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori