Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

BNM Enggan Ulas Spekulasi...

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) enggan mengulas mengenai spekulasi sama ada...

Iftar Di Rumah Ibadat...

ALOR SETAR - Pelaksanaan ibadat di rumah ibadat bukan Islam termasuk berbuka puasa...

“Saya Menafikan Sekeras-Kerasnya Tuduhan...

SAYA merujuk kepada laporan media hari ini berhubung fitnah dan tuduhan seorang individu...

Elak Ke Tempat Awam...

IPOH - Kementerian Kesihatan hari ini menasihatkan mereka yang dijangkiti campak agar mengelakkan...

Penyokong Frankfurt Mengamuk Di Itali

NAPLES, ITALI – Rusuhan ganas tercetus di Naples, Itali, semalam, apabila penyokong pasukan bola sepak Jerman menyerbu bandar raya tersebut menjelang perlawanan Liga Juara-Juara, di mana mereka sebelum itu telah dilarang untuk menghadirinya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seorang jurucakap polis tempatan memberitahu stesen penyiaran CNN bahawa peminat kelab bola sepak Jerman, Eintracht Frankfurt menyerang anggota polis dan membakar kereta menjelang perlawanan antara kelab tersebut dengan pasukan Napoli.

Video yang dirakam agensi berita Reuters menunjukkan beberapa kumpulan lelaki menyerang anggota-anggota polis rusuhan menggunakan bom api dan objek lain di jalan raya yang dipenuhi asap.

Datuk Bandar Naples, Gaetano Manfredi menyelar tindakan ganas itu sambil berkata, beliau telah memanggil Duta Besar Jerman ke Itali, Viktor Elbling.


Menurut laman berita Football Italia, kira-kira 400 peminat pasukan Eintracht Frankfurt melakukan perjalanan ke Naples sebelum insiden itu.

Berikutan beberapa laporan mengenai keganasan yang tercetus ketika perlawanan pusingan pertama di Jerman sebelum ini, pihak berkuasa Itali melarang penjualan tiket untuk penyokong pasukan Eintracht Frankfurt bagi perlawanan di Stadium Diego Armando Maradona semalam.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori