Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Warga China Dihukum...

Shah Alam = Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai...

Lebih 400 Saman Dikeluarkan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 442 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 22 kenderaan...

Polis Siasat Unsur Sabotaj...

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa laporan berkenaan pencemaran...

PRPTAR: Komitmen Kerajaan Untuk...

MELAKA - Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tun Abdul Razak (PRPTAR) membuktikan...

PM Puji Komitmen Penjawat Awam Dalam Penyelesaian Isu 1MDB

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan penjawat awam dalam segera menyelesaikan kemelut isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Komitmen ditunjukkan mereka ujarnya, berjaya menamatkan kes melibatkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS akhir bulan lepas

“Ini antara kejayaan besar apabila kita berjaya memperoleh dana dengan proses rundingan sangat baik, jauh melebihi apa yang kita unjur dan tahniah kepada semua,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bulan Mac 2023 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri di sini hari ini.

Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan 1MDB pada 27 Februari lepas mencapai penyelesaian dengan kedua-dua pihak tersebut di Timbang Tara Antarabangsa London.

Ia menyaksikan IPIC dan Aabar yang dimiliki kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta didakwa bersubahat dalam kes 1MDB, bersetuju membayar AS1.8 bilion (RM8.06 bilion).

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau turut bersyukur apabila Yang di-Pertuan Agong memanfaatkan hubungan baik dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.


“Saya cuma ‘tumpang tuah’ baginda namun penyelesaian ini amat melegakan dan saya ada juga sebut isu ini ketika perbualan telefon dengan pemimpin UAE sendiri,” jelasnya.

Beliau merujuk perbincangan dengan Sheikh Mohammed pada Jumaat lepas setelah Seri Paduka melakukan lawatan khas tujuh hari ke negara tersebut bermula 24 Februari lalu.

Menyentuh pencapaian isu itu, beliau menyifatkan kejayaan tersebut membuktikan hasil kerja dan kepakaran penjawat awam tanpa kerajaan memerlukan khidmat konsultan luar.

Dalam nada optimis, beliau sebaliknya mahu pentadbiran sekarang memberi kepercayaan dan mengembalikan semula tugas besar sedemikian kepada barisan penjawat awam.

Meskipun ujarnya bukan bermaksud menentang pengambilan perunding bebas, Anwar merujuk era kerajaan terdahulu yang agak banyak bergantung kepada nasihat konsultan.

“Kalau satu, dua konsultan itu munasabah, tetapi apa berlaku dia memimpin, memandu dan mengemudi walhal pendedahan untuk penjawat awam tidak kesampaian,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori