Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

11 Lelaki Leka Main...

PADANG BESAR - Sebelas lelaki yang leka bermain judi belangkas di belakang sebuah...

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Pemandu Kereta Rentung Nahas...

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu kereta rentung manakala pemandu bas ekspres bersama 10...

Projek Tebatan Banjir Sedang...

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menyiapkan Program Pengurusan Banjir...

Polis Digesa Siasat Kenyataan Abdul Hadi Mahu Jatuhkan Kerajaan

KUALA LUMPUR : Satu laporan polis dibuat Pemuda Pakatan Harapan membuat berhubung kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa Perikatan Nasional sedang berusaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ikuti Mynewshub:Ā Telegram

Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda berkata, pihaknya beranggapan ia salah satu bukti atau tindakan tidak bertanggungjawab serta bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tanpa segan silu menyatakan bahawa usahanya sedang berjalan dan mengakui mereka hendak menjatuhkan kerajaan.

ā€œJusteru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dengan segera terhadap Abdul Hadi atau sesiapa sahaja terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang ditubuhkan secara sah.

ā€œTindakan Abdul Hadi itu boleh menganggu ketenteraman awam,ā€ katanya di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim berkata, kenyataan Abdul Hadi itu tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

ā€œKita sebagai ahli politik perlu ā€˜bermainā€™ politik dalam kalangan kita, tidak perlu melibatkan Yang di-Pertuan Agong,ā€ ujarnya.

Kelmarin, Abdul Hadi dilapor mengakui wujud usaha tersebut dan mendakwa gabungan itu berhak berbuat demikian kerana ia dibolehkan dan berlandaskan kepada prinsip demokrasi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori