Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh,...

BERLIN (Jerman) - Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan ekonomi negara diunjur tumbuh 4.0...

PN Capai Kata Sepakat...

KUALA LUMPUR - Parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah mencapai kata sepakat untuk...

How to Make a...

Here are a number of outstanding essay topics that children may discover straightforward...

Dah Tiba Masanya Putrajaya...

PETALING JAYA - Bekas pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan berkata sudah tiba masanya...

Polis Kesan 2 Lelaki Hina Nabi Muhammad, Video Tular Di Media Sosial

KAJANG : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, laporan berhubung kes terbabit diterima pihak berkuasa yang kini berusaha mengenal pasti pelaku dalam video itu.

“Saya sahkan PDRM ada terima laporan mengenai video tular itu dan kini sudah memulakan siasatan mengenainya.

“Kita akan beri keutamaan kepada siasatan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu menunjukkan dua lelaki yang mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran kepada baginda.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori