Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Anak Derhaka Kurung Ibu...

INILAH namanya anak derhaka, sanggup membiarkan ibu yang sudah berusia 92 tahun tinggal...

El Nino: Kerajaan Pusat...

MACHANG - Kerajaan pusat akan membantu Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) jika bekalan...

KAFA Akan Buat Rayuan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan membuat rayuan terhadap Kerjasama...

Nik Akif Syahiran Sedia...

KOTA BHARU - Pemain muda Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat bersedia mengisi...

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan, Kota Belud, di sini semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kapal korek yang disyaki berdaftar di Mongolia itu ditahan pegawai dan anggota PPM Wilayah 4 Sabah Kota Kinabalu menerusi Op Terancang, kira-kira jam 5 petang.

Menurut sumber, dalam operasi itu PPM Kota Kinabalu merampas kapal dan pasir yang dianggarkan bernilai RM7.5 juta.

“Menerusi operasi itu pegawai dan anggota PPM Kota Kinabalu membuat pemeriksaan terhadap sebuah kapal korek yang sedang menjalankan aktiviti pengambilan pasir laut di 0.38 batu nautika dari Pulau Usukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapten kapal seorang warga Indonesia gagal mengemukakan sebarang permit untuk mengambil pasir laut di kawasan berkenaan,” katanya hari ini.


Jelasnya, kapten dan dua kru kapal warga China ditahan bagi membantu siasatan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

“Kapal dan kandungan pasir dirampas untuk dirujuk kepada jabatan dan agensi berwajib untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori