Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Lelaki Bunuh Diri...

Gempar... seorang lelaki ditemui dalam keadaan paling sadis dipercayai membunuh diri selepas jatuh...

Kesemua 6 Jenazah Mangsa...

KUALA TERENGGANU - Jenazah keenam-enam mangsa kemalangan di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur...

Larangan Rakyat Malaysia Ke...

PUTRAJAYA - Wisma Putra hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi melarang rakyat negara untuk...

Video: Murid Kena ‘Tomoi’...

BALING - Sejak semalam, rakaman video seorang murid menerima hukuman dipukul seorang lelaki...

Polis Rakam Keterangan Penerbit, 6 Pelakon Mentega Terbang

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai merakam keterangan penerbit dan enam lagi pelakon filem kontroversi, Mentega Terbang di Bukit Aman, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Polis Malaysia PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata proses rakam keterangan dijalankan di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“PDRM merakam percakapan penerbit dan enam pelakon filem terbabit pada jam 1 tengah hari semalam (14 Mac) di pejabat USJT JSJ Bukit Aman.

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Pada 11 Mac lalu, PDRM mengesahkan pengarah dan seorang pelakon filem kontroversi ‘Mentega Terbang’, sudah dirakam keterangan pada 10 Mac lalu.

Terdahulu media melaporkan, pelakon remaja Syumaila Salihin antara pelakon yang dirakam keterangan oleh polis, semalam.

Selain Syumaila, pelakon lain yang turut dirakam keterangan adalah Firdaus Karim, Nik Waheeda Shymala dan Khairunazwan Rodzy serta penerbit filem, Tan Meng Kheng.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori