Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bunyi Letupan Kejutkan Suami...

KUALA LUMPUR - Bunyi letupan dari luar rumah mereka telah menyelamatkan sepasang suami...

Rosmah Di SPRM Bantu...

PUTRAJAYA - Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tiba di...

2 Pakar Kimia Saudi...

ISTANBUL - Arab Saudi menghantar seorang pakar toksikologi dan seorang pakar kimia bagi...

Sharnaaz: Filem Ganas Bukan...

SELAIN Datuk Yusof Haslam dan Datuk Rosyam Nor yang tidak bersetuju dengan kenyataan...

Polis Terima Laporan Pemandu Lori Dipukul

KLANG : Polis mengesahkan menerima laporan pukul oleh seorang pemandu lori yang dibelasah orang ramai selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Telok Gong, menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian tersebut, pemandu berusia 36 tahun itu mengalami luka dan bengkak pada pipi sebelah kanan dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pemandu berkenaan membuat laporan pukul oleh individu yang belum dikenal pasti dekat Balai Polis Pandamaran pada petang semalam.

Sementara itu, tular dalam media sosial potongan rakaman kamera papan pemuka (dash cam) dari sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan tersebut kira-kira pukul 11 pagi dekat Jalan Bawal, Kampung Telok Gong.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan motosikal jenis Honda Dash itu melalui permukaan jalan yang berpasir sebaik sahaja keluar simpang sebelum dilanggar sebuah lori treler.

Kemudian pemandu lori berkenaan diarahkan berhenti oleh seorang penunggang motosikal selepas berlaku pelanggaran yang mengakibatkan wanita serta dua pembonceng terjatuh.

Turut tular adalah video pemandu lori berkenaan dipukul oleh sekumpulan individu yang berada ditempat kejadian dipercayai menyebabkan kemalangan sehingga seorang mangsa merupakan pelajar sekolah maut akibat digilis.


Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan separuh badan mayat seorang kanak-kanak hancur akibat dilenyek sebuah lori treler ketika membonceng motosikal bersama adiknya pulang dari Sekolah Rendah Agama (SRA) Telok Gong.

Mangsa maut serta-merta ketika membonceng motosikal bersama seorang wanita berusia 54 tahun.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Morni Mamat, wanita dan kanak-kanak lelaki itu mengalami cedera parah dan dirawat di HTAR.

Hoong Fong dalam kenyataan semalam turut memaklumkan, ketika kejadian ketiga-tiga penunggang dan pembonceng tidak memakai topi keledar dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yunus Abd Rahim di talian 011-25300305 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan melalui talian 0333722222 bagi membantu siasatan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori