Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ditahan Bersama 4.5 Kilogram...

Ipoh : Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah serta merampas...

Gambar Biri-Biri Ala-Ala Pelangi...

Wah, luar biasa betul idea jurugambar dari Los Angeles, Grey Malin ini menjayakan...

Projek Jalan Pesisir Bernilai...

Labuan: Kesesakan trafik yang sering berlaku dari Jalan Pohon Batu menuju pusat bandar...

Pengantin Lelaki Tumbuk Pengapit,...

LONDON - Seorang pengantin lelaki yang bertindak menumbuk dua pengapit perkahwinannya di dewan Masonic...

‘Program Ubat Cegah HIV Akan Diperluas, Bukan Dibatal’

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni menafikan laporan bahawa program perintis pemberian ubat profilaksis prapendedahan (PrEP) secara percuma mungkin dibatalkan.

Lukanisman sebaliknya berkata, program bagi mencegah penularan HIV itu sebaliknya akan diperluaskan.

“Program perintis PrEP akan diteruskan dan saya akan perluas program ini.

“Saya beritahu para ahli parlimen semalam yang kita tak boleh halang golongan berisiko daripada mendapatkan PrEP.

“Ini kali ketiga saya jelaskan perkara ini di Dewan Rakyat dan tolong bersama-sama saya dan Kementerian Kesihatan untuk beri penjelasan dan tingkatkan kesedaran di kalangan ahli parlimen,” katanya di Twitter harui ini.

Dia mengulas laporan oleh portal CodeBlue semalam yang memetik Lukanisman sebagai berkata Kementerian Kesihatan akan menilai semula dan berkemungkinan membatalkan program itu.

Semalam, Malaysiakini turut melaporkan Lukanisman sebagai berkata golongan berisiko tidak boleh dinafikan daripada mendapatkan PrEP walaupun Jabatan Mufti Negeri Selangor sebelum ini melarang ia diberikan kepada golongan LGBT.


Jabatan itu berkata pengambilan atau pemberian ubat itu hanya diharuskan kepada pasangan suami isteri.

Bagaimanapun setakat 27 Jan lalu, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) belum mengeluarkan sebarang fatwa berhubung larangan tersebut.

PrEP mempunyai kadar keberkesananan 99 peratus daripada menghalang jangkitan HIV menerusi hubungan seksual serta 74 peratus kadar keberkesanan dalam menghalang jangkitan menerusi suntikan.

Ia mengurangkan beban virus dalam badan orang yang dijangkiti supaya mereka tidak dapat menghantarnya melalui seks atau suntikan.

Kementerian Kesihatan memberikan PrEP secara percuma kepada golongan sasaran di klinik kerajaan terpilih.

Ia merupakan sebahagian daripada kajian rintis dua tahun yang dibiayai oleh The Global Fund, sebuah badan antarabangsa yang bekerja menentang HIV, batuk kering dan malaria

  • Lagi berita berkaitan:
  • HIV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori