Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

222 Discaj, 3 Kematian,...

PUTRAJAYA - Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan tiga kes...

AS, Malaysia Bimbang Rampasan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken pada Rabu...

Marahkan Hudud, Si Murtad...

KITA memang maklum janji Allah Taala bahawa hambaNya yang terpesong akidah akan dihukum...

5 Kakitangan Awam, Pesara...

BUTTERWORTH - Lima penjawat awam dan seorang pesara mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria yang mengorbankan lebih 50,000 nyawa, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ronaldo yang meninggalkan Manchester United pada November lalu untuk menyertai kelab Al Nassr di Liga Saudi sangat terkesan dengan insiden malang itu dan menghantar bantuan berupa khemah, katil, bantal, selimut, makanan serta barangan bayi dan ubat-ubatan kepada mangsa gempa di kedua-dua negara.

Ronaldo, 38, turut memenuhi impian seorang kanak-kanak Syria yang memberitahu pekerja penyelamat yang dia mahu bertemu penyerang sensasi Portugal itu.

Hajat Nabil Saeed tular di media sosial bulan lalu dan dipelawa menyaksikan Al Nassr ketika menewaskan Al Batin 3-1 di Riyadh sebelum Ronaldo bertemu dan bergambar dengan Nabil sebelum perlawanan bermula.

“Apabila saya melihat Ronaldo, saya seperti bermimpi.


“Saya seperti tak percaya. Bilakah mimpi ini akan berakhir, saya tak tahu. Saya berdoa kepada Tuhan ia tidak hanya mimpi. Saya harap semua orang boleh melihat Ronaldo. Dia seorang yang sangat baik,” kata Nabil.

Terdahulu, tragedi pada 6 Februari lalu dengan kekuatan 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan utara Syria menyaksikan ribuan lagi mangsa masih hilang, mengalami kecederaan dan hilang tempat tinggal.

Di Tukiye sahaja, lebih 500,000 penduduk dipindahkan daripada kawasan yang terjejas. Reuters melaporkan 160,000 bangunan musnah atau rosak teruk dalam bencana itu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori