Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peraturan Kuarantin Jemaah Menteri...

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikecualikan daripada menjalani...

Lagi Kisah Warga China...

SEORANG penumpang dari China yang menaiki pesawat dari Beijing ke Guangzhou, telah bertindak...

Malaysia Ulangi Sokongan Padu...

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal mendukung perjuangan rakyat Palestin dan menyokong usaha mencari penyelesaian...

Peringati Kelahiran, Google Guna...

GOOGLE Malaysia memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan meletakkan doodle...

Satu Maut, Satu Parah Tragedi ‘Merempit’

KLANG : Tindakan dua remaja lelaki dipercayai berlumba motosikal di Persiaran Raja Muda Musa di sini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi menimpa dua mangsa berusia 19 tahun itu turut mengakibatkan seorang lagi parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan itu melibatkan dua motosikal berasingan di jalan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca sekumpulan penunggang motosikal bersaing sesama sendiri dengan menunggang laju dan melulu di jalan tersebut.

“Kedua-dua motosikal mangsa kemudian bergesel sesama sendiri dan tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Hoong Fong, seorang mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 6.50 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seorang lagi remaja yangvmengalami kecederaan dalaman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang masih dirawat di Zon Merah HTAR. Ahli keluarga mangsa yang maut telah hadir ke Balai Polis Trafik Klang untuk membuat laporan polis.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-4470162 bagi membantu siasatan. Mereka juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, tular dua video memaparkan dua penunggang motosikal terbaring cedera selepas terjatuh dan dibantu sekumpulan lelaki di lokasi tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori